Saturday, 21 January 2017

JANGAN PAKAI TATISKINCARE! real review

My skincare journey memang takkan ada penghujungnya. Rasa macam susah sangat nak jumpa skincare yang sesuai dengan kulit sendiri. Yang baiknya Cik V boleh kongsi pengalaman yang tak seberapa ni dengan pembaca.

TATI SKINCARE 

Image result for tati skincare
Sumber: Googgle


Mesti ramai yang tahu pasal Tati ni. Mana taknya. Semua bagi feedback yang baik bila guna benda alah ni. Cik V pun salah sorang yang gatal tangan mencuba skincare ni. 

Includes: 
  • Pencuci Muka
  • Krim Siang
  • Sunblock
  • Krim Malam
  • Treatment Cream
Bulan pertama:
  • Dalam masa beberapa minggu, muka Cik V yang penuh jerawat ni dah semakin baik.
  • Jerawat kecut.
  • Krim malam yang paling memberi kesan pada muka sebab muka makin putih dan berseri.
  • Muka jadi berkilat lepas guna pencuci muka Tati.
Cik V dah banyak pengalaman pakai Skincare yang claim diperbuat dari "NATURAL" ingredients. Bagi yang pernah merasa, skincare yang bagi effect terlalu cepat selalunya diperbuat dari mercury. Walaupun Tati claim yang dorang guna "NATURAL" ingredients, Cik V tak dapat nak recommend this product to you all. 

Pros:
  • Kulit flawless sampai orang tegur.
  • Jerawat berkurang.
  • Memutihkan kulit dalam masa yang singkat.
Cons:
  • Jerawat start tumbuh dalam kuantiti yang banyak selepas beberapa bulan. 
  • Kulit tak flawless dah.
  • Muka makin kusam.
  • Krim tak bagi effect dah.
Bagi Cik V yang berkulit sensitif, mercury bagi effect yang sangat teruk pada kulit muka Cik V. Bulan pertama akan ditegur flawless oleh orang ramai, lepas beberapa bulan, jerawat start bertimbun, satu pujian pun tak dapat.

Rumusan: 

Orang kata setiap kulit lain2 effectnya. Ada orang yang okay pakai skincare ni, ada yang tidak. Untuk Cik V yang dah rasa padahnya ni, memang serik la nak try product skincare yang ada jual kat kedai jamu je. But still, Cik V akan teruskan misi pencarian skincare yang sesuai utk kulit Cik V ni. Your suggestions are welcome :) Thank you.






No comments:

Post a Comment